Pages

December 17, 2010

senyum, pulanglah.

okay. cuba kau buat aku senyum?

semalam aku berborak dengan abang mohammad sampai tinggal 17minit je masa berbual. dah letih berborak, dia buat video call pulak. apa yang dia nak tengok sangat, aku pun tak tahu. dah puas dia tengok muka aku yang cantik-jelita-comel-lawa-kulit-putih-gebu-bibir-mungil-hidung-mancung ni, aku pun tido. aku tekankan disini, aku tido. as for sleep. di buai mimpi. dan aku masih ingat lagi, jam menunjukkan pukul 9.00 malam. tido pukul 9 malam. pukul 9 malam aku tido. apa punya celaka lah tido awal. tak urban langsung.

urm, penangan duduk serumah dengan kakak (mungkin).

kalau dulu, aku tido pukul 2-3 pagi. selagi tak habis 4 episode supernatural (atau gossip girl) aku takkan tido. punyalah hardcore nya perasaan waktu dulu dulu. kadang kadang pegi karaoke pukul 1.30 pagi baru sampai rumah. dah sampai rumah, lagi lepak kat bawah dengan epul sambil berborak borak hal hal politik yang semakin meruncing. paling tidak pon bercerita pasal budak budak 3 line. ada satu masa, pukul 4 pagi baru nak start motor pegi lepak kat McD Ampang Park. pukul 6 baru nak menghadap bantal. and masa lepak ngan Amy-Anak-Cik-Din, pukul 12 tengah malam baru nak gerak pegi Genting. gerak dari Genting pukul 2.30 pagi lebih kurang. lepak kat I-City pukul 4 pagi baru sampai rumah. barulah Gina Al-burusque. kan?

itu dulu.

sekarang,
akibat tido awal, aku terjaga pukul 5 pagi. okay, aku turn on radio, and ternyata, di Sinar FM baru nak bagitahu waktu subuh. perut memulas mulas. rasa macam nak berak pun ada, rasa macam nak terkencing pun ada. aku bangun pegi toilet, sedang duduk di jamban duduk, tiada apa jenis zarah pun yang keluar dari kawasan-perempuan aku. sehembus kentut pun tak keluar. perangai. lantas aku basuh muka, ambik air sembahyang. masuk dalam bilik, sambil tunggu orang azan, aku capai laptop. bateri low. cinabeng. dua minit selepas aku campak laptop bawah katil, orang azan. aku pakai telekung, sembahyang dalam gelap. baru terasa true islamic.

urm, penangan duduk sebilik dengan kakak (mungkin).

kalau dulu, time orang azan maghrib, aku masih lagi dibuai mimpi. time orang sembahyang terawih, aku leka berborak dengan pakcik sambil hisap rokok duduk terkangkang. memang terasa macam kaklong kaklong lah. lepas tu, time orang azan subuh, aku baru sampai rumah. sampai je kat tilam, terus baring, dengan seluar jeans, t-shirt fender gambar pedang salib, bantai. dah penat, ingat nak tido je. tak ingat benda lain dah. tak ingat nak sembahyang ke. dah la tak sembahyang, tak menghormati azan pulak tu. dah la tak menghormati azan, siap pasang lagu rock lagi kuat dari azan pulak tu. MasyaAllah. apa nak jadi ni Jawahir?

dah lah.
usah dikenang zaman lalu.
dulu lain, sekarang lain.
sekarang aku nak berubah jadi ustazah.
ustazah yang pakai baju electric zombie.
ustazah urban.
mari adik adik, kita baca Al-Qur'an.
:)

p/s:
okay. tolong jangan percaya.
ini cuma cita cita.
aku bukan pandai baca Qur'an pon.

No comments: