Pages

January 20, 2011

ajal maut - mindamundurmungkin #4

bagi aku, setiap masa yang aku lalui tanpa hala tuju, seumpama aku berjalan ke alam ghaib yang dinamakan barzakh. jujur aku cakap, kalau ditanya tentang 'adakah cukup amalan aku?' aku akan jawab ringkas 'amalan aku memang takkan pernah cukup.' bila ditanya, 'adakah kau bersedia untuk mati?' akan jawab lebih ringkas, 'ya.'

bab hidup mati, ajal maut, jodoh pertemuan semua di tangan tuhan. kalau jodoh aku boleh sampai awal, kenapa bukan ajal? even though jodoh aku tu tak berapa nak betul. tak cukup 'jimmy sullivan' untuk gembirakan aku. tapi dah itu jodoh aku (buat masa sekarang lah), aku harus terima dengan hati terbuka. aku dapat rasa, semakin lama aku hidup, ajal tu semakin jelas dimata (hati). oleh disebabkan aku rabun jauh, maka ajal tu nampak agak samar samar. tapi hati aku kuat mengatakan, itulah ajal aku. setiap yang hidup, pasti akan mati. yang mati, satu hari nanti akan dihidupkan kembali. itu janji tuhan aku pada aku dan makhluk seagama denganku. "Innakala tukhliful mi'at", sesungguhnya tuhan tak pernah memungkiri janjinya.

bertemu ajal, bukan macam kau nak table talk dengan brader brader atau ayahanda belah mana mana bahagian. bertemu ajal adalah seolah olah kau adik adik baru nak up, bertemu dengan abang abang perang (malah jauh lagi dahsyat). tiada ilmu dalam dada kau yang cukup untuk melawan abang abang perang yang (kononnya) maha kuat. kau tak sempat berfikir kalau Izrail datang memanggil. kau tak sempat buka kitab black metal, tak sempat nak capai watikah ayahanda, tak sempat nak capai quran sekalipun. kalau amalan kau ada, maka teringatlah kau pada tuhan kau. kalau amalan kau zero, maka kau panggillah lucifer sampai tercabut anak tekak, lucifer cuma dengar saki baki laungan kau je. belum sempat lucifer nak bergerak dengan kelajuan api dia, nyawa kau dah ada di tangan Izrail tunggu nak disampaikan kepada tuhan yang maha esa.

kau sedia ke? 

saat kau dimandikan, kau cuma boleh menggigil kesejukan. tak ada sesiapa yang boleh panaskan kau. kawan kau takkan mampu panaskan badan kau. peluk peluk, gosok gosok belakang, gosok gosok tangan. ptui!

saat kau dikapankan, kau cuma boleh mengeluh panas. orang yang kapankan kau takkan bukak bahagian dada kau, atau bukak ikatan kapan bahagian kaki. kau mengeluh lah cakap kau panas, tak sexy kalau dikapankan macam tu, tapi harap maaf, tak ada sesiapa yang boleh dengar.

saat kau disembahyangkan, kau tahulah apa maksud ayat 'sembahyanglah engkau, sebelum engkau disembahyangkan'. barulah kau tahu apa erti solat dalam islam. baru ingat pesan mak abah, 'sembahyang tu tiang agama'. sekarang, baru kau sedar, agama yang tertulis dalam ic kau tu, tak bertiang. bila bila boleh jatuh menyembah bumi.

saat kau dijunjung ke perkuburan, barulah tahu rasa ditandu orang ramai. merasa jugak kau nak dijulang ibarat Sultan Mahmud. tapi saat tu, kau tak merasa apa apa kepuasan. yang ada dalam minda kosong kau, Mungkar dan Nakir yang mukanya ketat macam ni :|

saat kau dikebumikan, jangan menjerit minta dilepaskan dari kapan. lagi baik kau fikirkan apa yang kau nak jawab pada dua orang malaikat dalam tanah tu nanti. atau baik juga kau fikir macamana nak lari dari ular, ulat, lipan, dan apa sahaja lagi makhluk tuhan yang berminat dengan daging sang islam yang entah apa apa.

saat kau ditalkinkan, dengar dengan tenang walaupun kau boleh rasa ada cacing menggelintin nak masuk dalam kain kapan kau. senyum sahaja saat pak imam menyebut nama kau. dan jangan lupa, perhatikan kalau kalau ada lipan yang dah berjaya menyelinap masuk dalam kain kapan kau.

saat keluarga kau pulang tinggalkan kau seorang diri dalam tanah, jangan lupa lambai dengan penuh perasaan. besar kemungkinan, kau takkan jumpa mereka lagi lepas tu. tapi jangan lelebih, ingat, ada malaikat yang sedang perhatikan kau dengan muka ketat.

saat malaikat datang mendekati kau, kau pandai pandai lah.

sampai disini saja.

"akan ada orang yang ingatkan kamu pada Allah, janganlah kamu takbur dan lalaikan hidupmu."

assalamualaikum.