Pages

September 13, 2011

nukilan #notetoself

"Awak suka yang mana? *insert bunyi cengkerik* Samalah, saya suka juga." Ayat favorite dalam cite katun Dora The Explorer. Tak tahulah kenapa aku suka sangat. Tapi kalau sampai part tu, mesti aku tumpukan perhatian. Curiosity kills a cat you know?

aku sebenarnye bukan nak cakap pasal Dora, aku nak cerita pasal kau, aku, dia dan segala. Kau tahu siapa kau. Dan kalau kau terasa bahawa aku melekehkan kau, kau simpanlah dalam dada, bahawa satu hari nanti, kau akan perasan, kenapa aku kata kau begini.

Kau orang biasa. Bukan dari keluarga berharta. Bukan juga dari keluarga kurang upaya. Kau cantik, namun tak cukup menarik. Kau bijak, tapi tak cukup menggerak. Kau bercakap seolah olah kau bukan dari kelompok yang sama. Kau mungkin nampak dah berubah, tapi hakikatnya, kau masih DIA yang sama. Kau masih bermain dalam lumpur bila ada peluang. Kau masih bercakap dengan binatang bila ditegur. Kau masih ulang perkara bangang. Kau masih perhati punggung mereka mereka yang bingung.

Tapi kau sedaya upaya, sorok dari biji mata aku bahawa kau masih terjangkit. Kau lari dari hakikat, bahawa aku kenal kau, bukan saja dari lipatan kain pelikat, malah dari dalam tulang belikat. Kau tunjuk seolah olah kau bukan mereka. Tapi bila aku ada, kau buat buat tiada. Bila aku tiada, kau bergelak suka. Bukan aku tak nampak, bukan aku buta kayu. Masih masuk dalam minda setiap apa yang kau kata. Bukan jauh dimata, bukan juga jauh dari kerdipan minda yang nyata.

Sayang, kau berubahlah. Kau hentikan segala dusta gegak gempita yang kau sebarkan pada mereka. Tukar diri kau, supaya mereka masih terima.

p/s: kan dah bagitahu dulu, bab intro memang failed. -_-"

Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

September 12, 2011

API

Saat ini, hanya kau yang aku tunggu. Minit ini, tiada perkara lain dalam minda. Jam ini, tempat ini sunyi dan kelam bagiku. Hari ini, hidup bagai tiada erti mengisi janji. Minggu ini, tak sesuai untukku ukir senyuman. Bulan ini, sakit bagai tiada rasa, manis bagai tiada rupa. Tahun ini, aku kecewa dengan sikap kau, aku parah luka berdarah. Jangan fikir aku tak ingat kau. Jangan ingat aku tak ambil tahu. Jangan ambil tahu tentang aku.

Kerana setiap saat, minit, jam, hari, minggu, bulan, tahun yang berlalu. Kau masih dalam ingatan, Kau masih dalam igauan. Kau melekat dalam jiwa. Kau kusimpan dalam dada. Biar koyak raga menjanda. Biar bengkak hati merindu. Biar tenat perasaan melanda. Biar matahari membakar, biar terbakar diri, biar kebakaran menjilat muka. Aku sudah tiada harga dalam mimpi mahupun nyata.

Aku perlu kau, walau sudah jauh kau pergi, takkan aku berhenti mencari. Selamat Ulangtahun Sayang, biar doaku temankan perjalanan kau disisi sesiapa sahaja yang kau pilih.

Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone