Pages

December 16, 2010

commuterism - mindamundurmungkin #2

aku pengguna tetap perkhidmatan komuter yang disediakan oleh Keretapi Tanah Melayu Berhad. pengguna tetap bermaksud, aku menggunakan perkhidmatan ini hari hari untuk pergi kerja. bagi yang kurang tahu untuk berfikir secara kritis, ini juga bermaksud, kerja aku, nama baik aku bergantung kepada perkhidmatan ini. okay. cukup untuk pengenalan.

aku start menggunakan komuter dari zaman tok kaduk lagi, yaitu pada tahun 1999 lagi. sejak aku berumur 9 tahun. and seriously, i never liked this damn service. masuk tahun ni, dah lebih 11 tahun aku gunakan benda komuter ni. dari dulu, memang ada je masalah dengan komuter ni. delay selalu, komuter slow tiba tiba di tengah tengah rail, komuter berasap, ada bunyi meletup, pintu tak tutup tutup, and ada lagi lah masalah masalah yang tentu hala.

kaklong aku, and abang ipar aku juga menggunakan perkhidmatan ni masa zaman bujang mereka dulu. and, aku tak pernah dengar mereka puji perkhidmatan ni. malah, hari hari mengeluh sebab lambat, sesak, busuk, problem, problem, problem. sicking, as i hear it. filthy-ing as i experience it. and hell, they didn't get any better.

aku tak tahu (malah aku malas nak buat reserach, study atau wawancara dengan sesiapa) apa sebenarnya masalah perkhidmatan komuter ni. tak cukup staff? staff tak efisyen? tak cukup duit? duit hilang? apa entah masalahnya. aku pun tak faham. so, aku dengan rajinnya nak cerita segala jenis masalah yang aku atau kenalan aku lalui semasa menggunakan perkhidmatan komuter ni.

1. masa first day aku nak lapor diri masa kerja di Serdang dulu, train gerak dari Seremban pukul 9.00 pagi. sampai di Serdang pukul 11.25 pagi. okay, kau fikir logik lah, perjalanan dari Seremban ke Serdang ambil masa 2 jam lebih. logik tak?

2. masa aku nak keluar dengan member aku dulu, ada bunyi meletup dan komuter berasap di stesyen Salak Selatan. so, aku dengan kakak aku tersekat kat stesyen Salak Selatan lebih kurang 30 minit. cantik kan?

3. masa aku baru pindah Shah Alam, train delay di Pelabuhan Klang. train yang supposely datang pukul 7.49 pagi, sampai stesyen Shah Alam pukul 8.31 pagi. hari tersebut, aku sampai office pukul 10.05 pagi. beautiful.

4. kawan aku nak pergi interview di Serdang pukul 2.30 petang. naik train di Seremban pukul 12.00 tengahari. 2 minit selepas train depart dari stesyen Seremban, tiba tiba train berasap. train undur semula ke stesyen Seremban, and the next train yang datang adalah pada pukul 1.05 petang.

5. train shuttle dari Klang - KL Sentral adalah train baru, tapi train tu ditarik oleh kepala train yang lama. Aku dan kawan office aku panggil train ni sebagai train tarik. sebab komuter ni ditarik oleh train yang gunakan enjin/arang batu/stim yang jenis lama tu.


satu je komen membina yang aku nak bagi,
niat biar datang dari hati,
insyaAllah semua jadi.
fikir biar guna akal,
insyaAllah tiada aral.
thank you.

No comments: