Pages

December 15, 2010

ini bukan aku

sepanjang hari aku berfikir. aku keletihan mungkin. atau mungkin aku kefikiran. ahh. aku perlu masa untuk sudahkan segala apa yang aku dah mulakan. aku mahu susun semula memori ikut sekuel. aku mahu kitar semula semua memori tanpa guna itu. aku mahu habiskan masa menjadi seorang yang punya matlamat masa depan yang jitu. aku bukan malaikat, mahu pun apa jenis segala dewa. aku tak mampu kurangkan detik detik yang berlalu. aku juga tak mampu mencanangkan semua cita cita yang pernah aku impikan. segala macam perasaan mencukai jiwa aku. aku kesakitan menahan dimensi trapezium tanda pecahnya segala kenangan. aku tak sekuat seperti yang sesiapa ramalkan. aku utuskan sekarton jiwa berat hati mati aku pada mereka. namun, bukan sepatah kata penguat hati yang aku mahu sebagai tanda mereka sudah berjaya tanamkan hatiku. tenggelam timbul air liur aku di mata mereka, umpama ombang ambing sang kelok kecil di tengah tengah ikatan arus panas utara selatan. mereka takkan mengerti segala kepayahan yang telah aku usahakan. bukan sekadar sebutir keringat, malah selautan hingus tanda kerakusan yang datang dari jiwa. tak ada sesiapa dari segenap alam yang boleh telan apa yang aku dah jadikan sebahagian sel sel yang menjerut hayatku. tak ada siapa boleh tandingi sejenis semburan yang terembes dari hati keringku ini. tiada kesudahan mungkin sehingga mati.

No comments: