Pages

April 14, 2011

Jika

Aku tak punya masa perhati setiap gerak geri dan perbuatan kau di Facebook.
Aku tak punya masa menerjah setiap satu komen yang kau post di foto atau status orang.
Aku tak punya masa meng-google nama kau untuk cari apa apa perkembangan kau.
Aku tak punya masa memikirkan kau sepanjang masa.

Aku tak punya hati lagi untuk kau lukai.
Aku tak punya hati lagi untuk mencari kau.
Aku tak punya hati lagi untuk jerkah setiap satu rakan kau.
Aku tak punya hati lagi untuk mencinta walau sesiapa.

Aku sudah punah musnah.
Aku sudah hancur berderai.
Aku sudah hilang darjat.
Aku sudah mati kekeringan.

Jangan tanya jika aku masih disini.
Jangan tanya jika aku masih mampu berdiri seperti dahulu.
Jangan tanya jika aku masih terus menanti bak pungguk.
Jangan tanya jika aku masih lagi milik kau.

Saat indah aku telah berakhir.
Saat indah kita telah tamat.
Saat indah berdua telah terpadam.
Saat indah bersama telah pecah.

Maafkan aku kawan.
Maafkan aku sayang.
Maafkan aku sahabat.
Maafkan aku cinta.

Mungkin ini akhirnya.
Selamat bahagia.
Andai ia berulang,
Sila jangan gagal lagi.

Ikhlas atau tidak?
Itu biar tuhan tentukan.

Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

No comments: