Pages

April 1, 2011

April Fool

I was born in a strict typical Malaysian family. Dibesarkan di kawasan normal manusia biasa. Disekolah-rendah-kan di sekolah kebangsaan normal tanpa jenis. Disekolah-menengah-kan di sekolah agama agak terkemuka dalam Malaysia. Di-kolej-kan di kolej swasta berjenama antarabangsa. Malangnya drop out selepas semester 1. Di-kolej-kan semula di kolej swasta menurut kemampuan ibu bapa. Kerjaya pertama di syarikat hakmilik sang cina banyak harta.

Family aku terdiri dari seorang ayah yang cool, muka sentiasa tenang, berjiwa kental. Emak yang garang, tegas, banyak motivasi. dan empat lagi ahli keluarga 2 kakak dan 2 abang.

Kawasan perumahan aku cumalah taman perumahan biasa, ada melayu india cina dan beberapa bangsa lain. Hidup kami harmoni tanpa sebarang permasalahan yang mungkin membawa peperangan.

Sekolah rendah aku cuma sekolah kerajaan biasa. Tidak ada kelebihan malah juga tak ada apa apa kekurangan. Sekolah biasa kanak kanak muda yang baru nak menjejak kaki ke dunia.

Sekolah menengah agama. Dari tingkatan satu hingga empat. Namun aku bukan hasil terbaik dari kalangan ciptaan sekolah agama. Nothing fancy I usually say.

Kolej pertama, kolej antarabangsa. Ada nigerian, ada chinese, ada japanese. Aku cuma seorang student melayu yang cuma go with the flow dan berkawan sekadar teman biasa.

Kolej kedua, kolej semi-kerajaan. Tidak ada yang perlu dibanggakan tentang kolej tersebut. Kolej biasa dengan pihak atasan yang seperti lembu ditarik hidung. Aku tak pernah bangga.

Kerja pertama sebagai kuli batak di syarikat sang cina hartawan. Syarikat pelancongan yang hanya dikunjungi rata rata golongan atasan. Aku bahagia dengan rakan disana, tapi benci dengan orang atasan yang kaki kipas tanpa batasan.

di mana letaknya konfiden yang orang selalu perkatakan? kalau aku ada sifat yakin diri yang tinggi, pasti aku bukan begini. Jangan kau ujar, aku hebat. kerana tak ada maknanya aku hebat. Aku cuma sorang makhluk Allah yang syukur dengan segala pemberian tuhan.

Saat aku perlu pergi, jangan kau tarik tangan aku lagi.

Saat aku masih disini, jangan kau halau aku pergi.

Saat aku masih sayang, aku akan tunggu disini.

Saat kau milikku, kau akan terus aku sayangi.

Saat kau punah musnah, aku ambil kau jadi milikku.

Ketahuilah, segala apa yang aku lakukan, aku lakukan untuk kau.

Selamat malam sayang.

P/s: happy april fool everyone. Tajuk xde kena mengena isi, intro xde ken mengena dgn endtro.

Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

No comments: