Pages

April 11, 2011

indah dihatiku, sampah dijiwamu.

Aku dan kau bagai ikatan dua tali.
Aku tali putih, kau tali ungu.
Satu masa, kau tumpahkan keunguan kau padaku.
Jiwa aku pecah belah masa itu.
Namun aku tak terdaya berbuat apa.
Maka tercalitlah keunguan kau dijiwaku.

Aku sang rerama, kau si malaikat.
Aku si kecil yang terbang melata.
Kau separuh tuhan bisa menyengat.
Aku bahagia sentiasa.
Sehingga kau langgar tabrak sakit jiwaku.
Aku mengeluh lembut tiada daya.

Aku bagi kau adalah sekeping cela di dunia.
Tak mengindahkan selalu diendahkan.
Aku tiada kelebihan namun menawan.
Kau lihat, minat, kutip, lalu dibelai.
Bila bosan, kau campak ke tanah.
Hingga pecah jiwa muda remaja.

Aku ciptakan kau lirik indah mendayu.
Kerana bagi aku kau seindah lagu.
Tiada bahasa bisa menggantikan cahayamu.
Sungguh aku terkesima dan terganggu.
Hatiku jatuh hancur rabak terkoyak.
Namun kau biarkan tanpa sehela nafas kecewa.

Jangan sampai satu masa,
Aku cabut nyawaku sendiri,
Dengan tangan yang selama ini membelai,
Dengan jiwa yang selama ini berkecai,
Dan hati yang selama ini aku simpan,
Supaya kau bisa tersenyum manis,
Melihat indahnya sang alam,
Tanpa kelibat cacat derhaka seperti aku.

Aku tahu itu yang kau mahu.
Aku tahu itu kemahuanmu.
Aku tahu kau mahukan sebegitu.
Kerna dapat aku lihat,
Dari celahan mata terlipat,
Diriku sudah tiada nikmat,
Dihatimu,
Dijiwamu,
Dinyawamu,
Malah disisimu.

Maafkan aku sayang,
Aku bukan seperti apa yang kau fikir,
Aku bukan seperti apa yang orang lihat.
Aku cuma sehelai nyawa,
Yang bisa terbang dihembus nafasmu,
Aku cuma sekeping jiwa,
Yang hanya mampu beratkan mindamu,
Aku cuma secebis dusta,
Yang kau sumbat ditelingamu.

Moga kau bahagia tanpaku.

-Nur Jawahir Mat Jan-
-sang pencinta tanpa sempadan-

Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

No comments: