Pages

October 8, 2010

hidup ini, kalau kita lihat dari pandangan mata kasar, kelihatan senang yang amat. jika dilihat pada sebuah hubungan perkahwinan, bernikah, bersanding, kemudian hidup bersama, alangkah mudahnya. dapat cahaya mata yang comel comel hasil perhubungan, kelihatan amat bahagia. apabila anak anak membesar menjadi anak yang baik, alangkah indahnya kehidupan. bila difikir dengan minda yang sempit, terlintas keinginan untuk mendirikan rumahtangga.

jarang sekali dilihat pada kepayahannya. kata orang, 'look on the bright side'. memang pada dasarnya, memang bagus kita melihat pada perspektif yang baik. tapi, mampukah kita melihat jauh lebih mendalam dalam hubungan sebuah keluarga. pernahkah anda jumpa keluarga yang sentiasa bahagia? ini bukan cerita filem. ini bukan drama swasta. ini kehidupan. ini realiti dunia. cerita cinta cumbu cumbu tak ada dalam kehidupan dunia.

aku manusia ada pengalaman. pengalaman aku tak banyak seperti ibu bapa aku, mahupun ibu bapa kau orang. tapi, aku punyai pengalaman. aku sudah berkahwin. berkahwin pada umur 17 tahun. pada zaman otak aku masih belum mampu menjana dengan cemerlang. masa itu aku cuma dibayangi janji janji manis seorang lelaki. masa itu, aku cuma dikelabui pandangan mata anak muda yang cuma mahu hidup gembira. hingga terlupa mahu berfikir buruk baiknya. aku memang celaka.

kini, dah hampir tiga tahun aku berkahwin. pabila orang bertanya, "suami mana?", jawapan yang sama akan keluar dari celahan bibirku - "dia kerja". entah sampai bila aku mampu keluarkan kata kata tu. pelbagai jenis tohmahan sampai di telinga. "bangla pon cuti masa raya ni". aku senyum. "ye ke ni kerja, ke ada orang ketiga". aku senyum lagi. "dah berpisah ke?" aku senyum juga. dalam hati aku, tak ada siapa pon yang tahu. sering kali, aku pun tak tahu apa yang dikatakan oleh hati aku ini.

aku terluka. aku yakin aku dah terluka. aku yakin aku tak ada sesiapa di dunia. aku cuma ada mak ayah, aku cuma ada kakak abang. aku tak ada kawan kawan. malah, aku tak pernah cerita pada kawan kawan, apa yang terjadi antara aku dan suami aku. jangan ditanya mengapa aku begini. jangan tanya aku, mengapa aku sering bersedih. aku insan biasa, beb. ada masa, mata juga perlu diservis. ada kala, hidung mahu juga dibanjiri hingus kesedihan. jangan hipokrit kalau berbicara tentang hati.

tapi aku kuat. aku sehabis pasti, kekuatan aku masih ada. aku masih dilimpahi kekuatan dari Allah. aku masih dihadiahi kekuatan dari keluarga. malahan, sahabat handai juga mampu beri aku kekuatan. kerana itu, aku masih di sini. kerana itu, aku masih berdiri. biarlah aku berdiri seorang diri, tanpa sebelah kaki. selagi aku masih mampu berdiri, selagi itu aku akan terus berusaha. setiap masalah, ada jalan penyelesaiannya. bukan begitu??

senyumlah dengan aku. aku tak biasa senyum sendirian. ketawalah dengan aku. aku kekok ketawa sorang diri. mari berdiri dengan aku, aku mahu kau tahu betapa aku bahagia bersahabat denganmu. jangan pergi jauh dariku. aku masih belum mampu untuk tinggal bersendirian dalam kesakitan ini. I need your support folks.

:)

No comments: