Pages

October 14, 2010

aku dan tudung dan rokok

aku post entry ni bukan untuk dijadikan bahan untuk berdebat. aku cuma nak luahkan ketidak-puasan-hati yang dah sangat lama aku pendam. bukan dendam ye. aku cuma malas nak komen panjang lebar dalam blog. hari ini, aku decide untuk post entry ni. enjoy!

kau orang pernah nampak orang yang pakai tudung tapi merokok? kalau tak pernah, mungkin kau orang bernasib baik. kalau pernah, ada kemungkinan orang yang kau nampak tu adalah aku. ya. aku perempuan bertudung yang merokok. quaint is it?

selalu orang tanya kenapa aku merokok? jawapan aku adalah, 'suka hati aku lah'. jawapan tu memang betul. tapi jawapan tu tak tepat. kau orang nak jawapan yang tepat? ini jawapan aku. 

masa aku 12 tahun, first time aku smoking sebab aku nak cuba cuba. ini juga lah alasan aku ada e-mail, myspace, facebook, blog and segalanya lah. sampai sekarang aku masih actively guna semua tu. begitu juga lah dengan rokok. aku suka dan sampai sekarang aku tak boleh berhenti. aku pernah cuba untuk berhenti. tapi tak membuahkan hasil langsung. jangan benci aku sebab aku cuba merokok.

masa aku cuba merokok tu, aku memang bertudung. tapi masa tu, aku pakai tudung sebab aku taknak rambut aku kena bakar oleh mak aku. aku pakai tudung sebab terpaksa. aku student sekolah agama. mak aku kerani dekat sekolah aku. so, aku pakai tudung sebab aku nak jaga nama baik mak ayah aku. jangan benci aku sebab aku terpaksa bertudung.

masa aku 15 tahun, aku start merokok secara excessive. i'm not proud of it. tapi itulah aku. alasannya, pada umur 15 tahun ini aku start ponteng sekolah, melawan cakap mak ayah, menipu mak ayah, lari rumah, melakukan aktiviti unprotected sex. akibatnya aku selalu bergaduh dengan mak ayah aku, and turns out aku start smoking heavily, di luar sedar [unconcious-ly]. mungkin sebab tension. mungkin juga sebab salah satu cara rebel yang cool. jangan benci aku sebab aku smoking heavily.

masa aku 17 tahun, aku sambung degree kat TPM College. aku start tak pakai tudung secara bebas, even depan mak ayah aku. mak aku tak marah sangat pun. mungkin dia dah penat marah aku. jadi, secara automatik, aktiviti merokok pun meningkat secara sihat sekali. alasannya, dah jauh dari mak ayah. senang nak merokok. tak perlu cover cemerlang atau alasan nak pergi jalan jalan naik basikal lagi. apa yang aku perlu buat adalah sangat mudah, ambil rokok dan lighter, duduk kat tangga hostel, and indulge in the comfort of dying. mudah bukan? jangan benci aku sebab tak pakai tudung.

masa aku umur 18 tahun, aku start pakai tudung balik. sebab ibu mertua ku tak suka aku tak pakai tudung. ironic is it? so, sebab nak jadi isteri yang baik kononnya, aku pakai tudung. aktiviti merokok juga berkurang walaupun dah boleh merokok dalam bilik without being suspected, tapi aku kurangkan merokok sebab tak mahu kelihatan seperti total bitch depan suami aku. jangan benci aku sebab aku nak jadi isteri yang baik.

and sampai sekarang aku still merokok. dan pakai tudung.

niat aku bukan sebab nak burukkan nama mana mana perempuan bertudung, atau nak burukkan nama Islam, atau nak buktikan rebel aku masih bersisa, atau nak berlagak cool di khalayak ramai. aku merokok sebab aku ketagih rokok. aku merokok sebab aku tak mampu berhenti merokok. aku jarang jarang merokok masa pakai tudung. selalunya aku merokok masa lepak di rumah atau lepak di kedai makan. kalau aku tension saja aku akan merokok semasa bertudung.

jangan tanya kenapa aku merokok walaupun bertudung. itu hak aku. aku bertudung sebab aku nak jaga aurat aku, walaupun bukan sepanjang masa. at least aku mahu bertudung dengan niat yang lahir dari hati. takkan kerana aku merokok, aku tak boleh bertudung? salah ke aku nak lari dari dosa kerana aurat? salah ke aku nak nampak sopan dengan bertudung? salah ke?

pernah sekali seorang brader ni tegur aku, katanya, 'muka comel, cantik, tak payah la merokok depan orang' aku jawab - 'merokok tu hak saya, bang'. abang tu blah dengan muka agak berapi. itu first time orang yang aku tak kenal tegur aku sebab merokok. aku jawab dengan cara baik je. mungkin lain kali, kalau orang tegur aku sebab merokok, aku akan hentak muka dia dengan genggaman tangan kanan aku.

kau ada hak nak benci aku kerana bertudung dan merokok. tapi sila jangan tegur depan depan. aku cepat marah. bab merokok dan tudung ni, memang aku sensitif. 

that's a wrap.

don't judge me yet, till you know me well enough.

1 comment:

Unknown said...
This comment has been removed by the author.