Pages

March 20, 2011

Pendirian

Kadang kadang aku sendiri tak tahu apa yang aku up kan kat blog ni. Macam bodoh pon ada gak kadang kadang. Kenapa aku post kat blog ni walaupun aku ada twitter untuk luahkan segala harapan dan perasaan. Namun kadang kadang tak mampu rasanya untuk aku delete blog ni. Blog ni wujud sebelum twitter aku wujud. Blog ni lah tempat aku nak senaraikan segala keserabutan minda yang mencemar segala bagai perasaan hampa seribu satu yang mampu racunkan hati tulus muda tanpa memberi sebarang bakti.

Aku suka meletakkan segala macam benda dalam blog ini. Dan sejujurnya aku tak perlu follower, aku berblog untuk kemudahan diri. Supaya satu masa, segala jin ifrit dan syaitan nirrojim dalam hati tak mencalarkan iman yang semakin menipis. Bukan niat aku nak menghalau follower aku. Tapi sejujurnya, andai tak ada orang baca blog ni pun aku tak sedih. Niat aku berblog adalah kerana diary aku selalu di-pecah-baca oleh emak. Kalau disini kebarangkalian untuk emak jumpa adalah sangat rendah.

Ya, blog saya adalah umpama diary yang saya tulis saban hari untuk cerita tentang hidup saya. Malah kadang kala saya post juga foto foto terbaru bagi mencantikkan permukaan blog yang sudah sedia cantik. Saya pelacur kamera, malahan saya pelacur dimana saja. Pelacur attensi di twitter. Malah pelacur masa di faceboob. Saya juga pelacur minda di dunia. Juga pelacur hati bagi si dia yang saya cinta.

Jangan fikir setiap langkah kecil saya tidak membawa saya kehadapan. Kadang kala langkah kecil lebih membawa makna dari langkah sebesar alam. Namun masih ditakuk lama. Saya mungkin humble, tapi saya bukan serendah tanah. Saya mungkin cakap lebat, tapi saya bukan sekeji pembohong. Saya tiada masalah andai anda mahu cerobohi masa silam saya. Cuma mungkin anda patut terus terang dengan saya. Saya akan cerita semua kisah silam saya samada baik mahupun buruk.

Anda tak percaya? Sila.
Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

No comments: