Pages

September 6, 2010

aku bukan untukmu...

bila bulan hilangkan dirinya,
aku jadi kabut dan buta.
ampunkan aku sayang.

bila angin bertiup pergi,
aku jadi kecamuk berterabur.
pulang padaku sayang.

bila hujan membasahi baju.
aku jadi kelam dan sunyi.
dakaplah aku sayang.

bila kau pegi dariku.
aku jadi cacat terhina.
terimaku kembali sayang.

aku rindu kamu.
jangan pergi dariku lagi.
tunggulah saat aku sudah mampu.

aku mahu kamu.
jangan sakiti aku lagi.
tunggulah saat cintaku sudah utuh.

mengapa baru hari ini kau terfikir?
mengapa baru sekarang kau bertindak?
mengapa baru saat ini aku dipijak?

aku belum kuat sayang.
aku belum berani sayang.
kau belum kenal aku lagi sayang.

senyumlah kembali padaku.
sungguh aku rindu saat kau dan aku bersama.
dahiku rindukan ciumanmu.

jangan pergi...

No comments: